Wednesday, 20 May 2015

Medan Mara

Hari ni ada program di Hotel Quality. Bengkel program LINUS2.0 anjuran JPN. Aku akan gantikan Billy as a desk officer LINUS di JNJK. Billy akan pindah ke JNJK Nogori 9. Hurmmmm... semalam proses serah tugas.... Ya Robbi... banyaknya mende yg aku kena catch up. Seriously, bnyk yg tak tau psl LINUS. Sbb masa sekolah dulu x involve dgn program ni. Now, i have to take it seriouslah psl LINUS ni. And.... kena positif and kuat coz bnyk org sekeliling ada yg nak downkan kita... Insya Allah aku boleh buat.

Hurmmm... macam xde kena mengena je dgn tajuk kan...? Hihihi.. Okay... sebenarnya skrg aku tgh melepek kat restoran dalam Medan Mara. Brekfes sorang2. Kat hotel tu xdelah brekfes coz aku x stay kat situ.

Okay.. the story begin like this.... First time dtg Medan Mara, nak uruskan biasiswa MARA. Ada masalah skit, kena jumpa officer yg in charge. Alhamdulillah... dah settle. Pernah dtg sini utk tempah baju. Beberapa kali lah tempah coz kat dlm building ni ada satu bazaar. Penuh dgn kedai jahit. Actually bukan kedai. Macam kiosklah. Sgt menarik. Ada lebih kurang 40 to 50 kiosk kot. Kat luar bazaar baru ada kedai yg eksklusif skit and upah pun lebih mahal. But, kat bazaar ni murah sikitlah.

And hari ni... pepagi aku dah tercongok kat sini. Brekfes. Sementara tunggu program nak mula. Tunggu si Billy tu pm then aku akan chow. Sementara tunggu tu... merepek kat sini. And also kat group sembang2 dengan kak yati. Citer Sabah lah, Pertama Complex lah... hihihi..

And... sambil memerhati org yang brekfes kat sini. Pekerja MARA i guess. Ada yg makan sorang2. Dgn kawan2. Yg duduk sorang, lps makan, tgk handfon macam aku. Sengih2. Tapi aku xde ler sengih kan.. hihihi..

Pak cik yang jaga kaunter, dari tadi berdiri kira harga makanan. Ishhh... x penat ke dia? Kesian aku tengok. Tapi itulah cara dia cari rezeki. Tiba2 nampak dia tuang madu dalam minuman dia. Owh... patutlah dia bertenaga.. makan madu rupenya...

Okay... ada sorang mamat ni dok usha aku dari tadi. Bukan nak prasan.. hahaha.. so, aku rasa dah tak selesa. Chow dululah.... ;)

Saturday, 16 May 2015

Selamat Hari Jadi Tia

Happy birthday Tia..

Dah 8 tahun berlalu. Owh.. Tia dah besar. Sekolah dah darjah dua.

Tia...

Tia anak mummy yg mummy sayang sangat. Tia anak yang baik. Tia pandai. Tia suka baca buku. Sebab tu mummy suka belikan Tia buku untuk Tia baca. Jadi anak yang solehah ye sayang.

Tia...

Dalam hidup ni, banyak lagi cabaran yang akan Tia tempuhi. Tia baru 8 tahun. Tia takkan terfikir semua tu sehinggalah Tia melaluinya nanti.

Tia...

Walau apa shj dugaan yang akan Tia tempuhi nanti, ingat pesan mummy. Jangan sekali kali Tia lupakan Allah. Allah mesti No. 1 dari segala galanya.

Tia...

Tia akan jumpa banyak org dengan pelbagai ragam. Tia kena sabar sekiranya org tu menyakitkan hati Tia. Sebenarnya Allah nak uji Tia. Nak tgk sama ada Tia sabar atau tidak. Ingat Tia, jgn sekali kali Tia menyakitkan hati org lain. Jangan. Kalau org buat Tia pun, jangan dibalas. Ingat pesan mummy.

Tia...

Its okay kalau Tia x dpt No. 1 dalam kelas. Its okay kalau ada subjek Tia x dpt score A. Its okay sayang. Tapi, kalau Tia tinggal solat, its not okay. Solat tiang agama. Tia x dpt A Tia x dosa. Tapi, kalau Tia x solat, Tia akan dapat dosa.

Tia..

Bila Tia dah besar, mcm2 kesalahan yg akan Tia buat. Mummy akan marah. Daddy juga. Anggaplah itu teguran utk anak kesayangan kami, Tiarina Putri. Teguran utk jadikan Tia seorang manusia yg baik.

Tia...

Sayangi mummy and daddy Tia sementara mereka masih hidup. Hormatilah mereka. Mummy and daddy sayang Tia sampai bila2 dalam apa jua keadaan sekalipun.

Happy birthday anakku.....

Tuesday, 12 May 2015

Bila Hati Kita Sakit

Alhamdulillah....
You're the chosen one!

Ketahuilah, setiap kali orang yang menyakitkan hati, mengata dan mencela kita, melakukan pengkhianatan dan keburukan, itu sebenarnya dia sedang dan telah melakukan 'kebaikan' kepada kita. Dia sedang menghapuskan segala kesilapan kita yang lalu, di kafarah dosa lalu dan menjadikan kita terkenal di sisi para malaikat Allah yg sedang melihat KESABARAN dan KETEGUHAN kita, mengamin setiap doa dan rintihan kita....

Kadang kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi, percayalah.... suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya...

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar benar ujian. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti, tapi ingatlah... kita punya Allah.

Dalam hidup, kita akan dikelilingi dgn pelbagai manusia yg mempunyai pelbagai ragam. Akan ada antara mereka yg akan menyakitkan hati kita. 

Bersabarlah... beristigfarlah... Doakan utk mereka supaya mereka diberikan hati yg lebih baik. Maafkanlah mereka. Walau mcm mana buruk sekali pun layanan mereka terhadap kita, jgn sampai kita pulak yg jadi seperti mereka. Sabar... sabar.... sabar...

Sekiranya ada antara mereka yg menganiaya hidup kita, berdoalah kepada Allah kerana doa org teraniaya akan dimakbulkan Allah. 

Monday, 4 May 2015

Sejadah Penawar Duka

Muqaddimah
TV9    8.00 pagi
1 November 2011  Selasa

Sejadah Penawar Duka

- Ujian akan jadi hikmah & pengajaran andai kita redha dgn ujianNya. Seterusnya akan tingkatkan iman kita.

- Jgn buruk sangka dgn Allah. "Kenapa Allah duga aku begini?"

- Syurga itu amat mahal. Jadi, Allah akan uji kita.

- Kita & sejadah tak boleh dipisahkan. Sujud khas utk Allah.

- Kalau kena ujian, beristigfar. Ujian Allah utk kita dekatkan diri pada Allah. Mintalah pertolongan dgn Allah dgn sabar & solat.

- Sujud & solat adalah satu ketenangan jiwa. Org yg sudah lama tak berdoa dan x sujud, tunggulah azab drpd Allah nanti.

- Kalau nak jadi calon syurga, sujudlah padaNya.

*Petikan nota dari rancangan Muqaddimah.

Sunday, 3 May 2015

Doa Buat Suami Tersayang

Ya Allah....
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah.....
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arsy,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata kataku dari menyakitkan perasaannya.
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.

Ya Allah.....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu.

Ya Allah.... sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan yang lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah...
Isteri yang sentiasa di hati.

Amin Ya Rabbi Alamin.

Suamiku Zulkifli Rajalie...
Selamat harijadi yang ke-36. Semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah. 

Walaupun dah 3 tahun kita tak dapat celebrate bersama on 13 May, but U always in my heart and I will always love you, no matter what....

Salam sayang,
Isterimu yang sentiasa menyayangimu.

#akuislam

Wednesday, 4 March 2015

Apa Kerja Nazir??

Assalamualaikum...

Jawab dulu salam tu okay.. Hihih... Dah? Okay bagus... Jawab salam tu wajib tau!

Okay. Kali ni kita nak cite sikit2 la pasal keje nazir ni. Xleh cite banyak2, nanti korang boring plak baca kan.. kan.. kan...

Pada mulanya, dalam kepala otak aku ni, keje nazir ialah pegi sekolah2 then observe cikgu mengajar. Itu memang keje hakiki nazir. Observe cikgu then bimbing cikgu apa yg betul dan patut utk dilakukan supaya jadi cikgu yang betul2 punya cikgu, bukan main2 punya cikgu. Hihihi... Sebab itu, cikgu yg suka main2 tu, takut sangat bila nazir ni datang sekolah. Pernah dengar kan last year kalau tak silap, ada sorang cikgu sampai sakit jantung, gara2 nazir datang sekolah dia. Jadi viral kat FB. Bukan salah nazir pun. Memang dia ada masalah kesihatan tu...

So, apa keje nazir? Keje hakiki nazir betul lah tu, pegi sekolah then observe cikgu. Biasanya nazir pergi ke sekolah berdasarkan pemeriksaan yg telah ditetapkan. Ada macam2 pemeriksaan. seperti Pemeriksaan BIASA, PENUH, atau KHAS. Pemeriksaan BIASA, kita pi sekolah then observe cikgu cam biasa ikut option kita and tak melibatkan bnyk nazir. Tapi, kalau pemeriksaan PENUH, akan melibatkan ramai nazir yang akan ke sekolah utk memeriksa sekolah tersebut secara detail dari pengurusan hinggalah mencerap semua cikgu di sekolah tersebut. Pemeriksaan KHAS, cthnya LINUS. Kena tgk objektif pemeriksaan.

Korang jangan ingat, nazir pi sekolah pastu abis keje gitu je. Pegi sekolah, mesti ikut prosedur yang betul. Mana dengan pelbagai borangnya yang nak kena isi, and banyak lah prosedur yang mesti dipatuhi. Bila dah abis periksa sekolah, kena bentang pulak apa yg kita dapat kat pihak sekolah. Then, balik ofis, kita kena buat dapatan, yang mana bahagian ni mencabar bagi nazir. Sebab tu nazir kena tahu mcm mana nak 'menulis' laporan dengan baik. Kena tulis betul2 tau. Sebabnya, laporan ni kita akan bentang direct to Menteri Pelajaran iaitu kalau sekarang ni Tan Sri Muhyiddin Yassin lah.

Begitulah alkisahnya kerja sebagai seorang nazir.... Sekian, terima kasih.










Wednesday, 25 February 2015

My New Job...

Assalamualaikum...

Waahhhh... Kita dah masuk tahun 2015! Cepatnya masa berlalu... Now, I nak start balik tulis blog I yg dah lama I tinggalkan ni....

Lama tak update... Banyak sangat ceritenya. Ada pahit, ada duka, suka, masam dan manis. Hurmm... berapa rasa tu?? Huhuhu... But, kita percaya, segala ujian yang kita dapat tu, ada hikmah disebaliknya. Janji Allah itu pasti. Segala kesusahan akan disusuli dengan kemudahan. Jangan risau kay... Dan segala kesenangan/ kebahagiaan yang kita dapat juga adalah ujian utk kita. Bersyukur... bersyukur.. bersyukur...

Okay, entry kali ni, I nak share kat u olls.. my new job, as a SCHOOL INSPECTOR atau dikenali sebagai NAZIR.

Ceritanya begini... Pada suatu hari, di suatu pagi yang indah, kite tengah baring2 dengan baby Adell... Masa tu dalam pantang lagi, middle of December kalau tak silap. Bosan2, google website moe. Saje... tengok2 kot ada peluang kerjaya yang baik punya... Oloh.. xdop lah pulok... Tiba2 terlintas di fikiran, teringat dulu2 pernah berangan nak jadi nazir. Hurmmmm... Why not try mohon. Ada kosong ke xdop kosong ke.. Try je mohon.. mana tau sangkut...

Dengan niat try2 tu, maka aku pun mulalah cari borang permohonan nak jadi nazir tu. Google je, dapatlah borangnya. Dah isi, lengkapkan semua dokumen yg dia mintak, aku pun poslah borang tu. Dalam masa yang sama, aku dapat offer sebagai SISC+ yang dah aku pegi interview last time. Cuma, belum dapat surat confirmation drpd JPN. JPN call kata dapat, tapi surat tak sampai2 pun. Lambat sgt confirmation dari JPN, mintaklah nazir kot2 dapat manalah tau.

Alhamdulillah, berkat doa dan izin Allah, akhirnya aku berjaya pergi interview sebagai nazir ni. Prepare utk interview pulak. Mak aiii... macam2 ditanyanya. Bile ditanya PBS, aku tak sure then aku just jawab, saya tak tahu. Hahahaaaa....  Bile ditanya kenapa nak jadi nazir? Aku cakaplah, aku rasa capability aku more than dari seorang cikgu (macam bagus je bunyinya... Hahahah) And, aku nak cuba jawatan yg lebih mencabar dari seorang cikgu. Tapi, bila difikir balik, kerja seorang cikgu sangatlah mencabarnya pada masa ni kan... Huhuhuhu...

Setelah temuduga, sekiranya berjaya, nazir akan datang ke sekolah untuk mencerap kita mengajar. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya melepasi ujian temuduga tu. Datanglah 2 org nazir ke sekolah utk mencerap aku pada awal bulan April. Mengajarlah aku dengan bersungguh2 nya. Hihhihi... Nazir tu bagitau, dia tak janji aku dapat atau tidak. So, kena tunggu surat dari JNJK. Selepas 3 bulan, kalau tak dapat surat, maknanya tak dapatlah tu. 

Aku sentiasa doa, buat solat hajat agar aku dapat job nazir ni. Cikgu2 aku dulu selalu cerita, kalau nazir datang, memang kecut perut dorang, sebab nazir datang sekolah untuk mencerap cikgu mengajar. Rasa macam best je ada feeling bila ada org rasa kecut perut, gerun dengan nazir ni. Hahahaha... Well, kalau korang nak tau, jawatan nazir ni termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Dan.... Report drpd nazir adalah direct terus kepada menteri pelajaran.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menjawat jawatan sebagai nazir setelah dapat surat daripada JNJK menyatakan yang aku perlu melapor diri pada 1 Jun 2014. Omaigadd... Macam mana ni? On the date, aku join tour to Europe. Almaklumlah, time tu cuti sekolah. So, apa yg aku perlu buat, ialah memohon penangguhan utk lapor diri. Aku balik dari Paris, 14 Jun (Sabtu), mohon lapor diri pada 16 Jun 2014. Owhh... sungguh penat time tu. Penat berjalan tak ilang lagi, nak tak nak kena jugak melapor diri pada date tu.

Begitulah pengalaman aku macam mana aku mohon jawatan sebagai nazir ni. For now, aku dah pun 8 bulan di sini. Kerjanya memang awesome!! Alhamdulillah... Bersyukur sangat2... Happy sangat di sini.... Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam kerjayaku dan semoga aku akan lebih berjaya pada masa akan datang.