Sunday, 10 June 2012

Kisah Anak Yang Jujur

Alkisahnya pada zaman tahun 90-an, tersebutlah kisah sebuah keluarga yang hidupnya sederhana sahaja, tidaklah kaya dan tidaklah miskin. Ada pun rezeki yg diperolehi oleh sepasang suami isteri itu, yg mana isterinya bekerja sbg kerani dan suaminya pula sebagai pegawai di sebuah jabatan kerajaan, adalah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Walaupun makan, pakai, tempat tinggal, semuanya cukup, suami isteri ini tidaklah pernah bersyukur dgn rezeki yg mereka perolehi. Kenapa dikatakan mereka tidak bersyukur sebabnya mereka tidaklah pernah solat. Masya Allah. Tidaklah diketahui apakah sebabnya mereka tidak solat, Wallahualam.

Mereka dikurniakan 3 org anak. Lihat, rezeki Allah kepada mereka tidaklah terkira banyaknya. Mereka sangat bahagia dgn kurniaan tersebut. Hmmm.... Bahagia, datangnya pun dari Allah jua. Bak kata orang, agaknya, mereka belum lagi di beri hidayah oleh Allah untuk melakukan amalan wajib yang telah diperintahkan oleh Allah itu kepada semua umat Islam. Tapi hidayah kan kena dicari juga... Tidaklah boleh ditunggu sahaja...

Pada suatu hari, di bulan Ramadhan, mereka 5 beranak berbuka puasa di rumah kawan mereka, letaknya tidaklah berapa jauh dari rumah mereka. Adapun pada ketika itu, anak mereka yang sulung berumur 7 tahun, Haikal namanya. Haikal seorang anak yang bijak. Petah bercakap. Jujur. Yelah, anak berumur 7 thn, apa yg diucapkan jujur sejujurnya.

Nak dijadikan cerita, kawan mereka berceritalah pasal solat, sambil bercerita jugak dgn anak2 mereka ttg bulan Ramadhan ni. Solat 5 waktu wajib, solat tarawih sunat. Tapi dapat banyak pahala kalau kita mengerjakan solat tarawih ni. Haikal, anak yg jujur itu, secara spontan berkata, " Auntie dgn uncle solat, Haikal tak pernah tengok mama dengan papa solat". Semua orang terkedu pada ketika itu. Kawan mereka tidak terkata apa. Mereka sangatlah malu tidak terkira dengan kata-kata anak mereka si Haikal tu.

Tapi, kawan mereka baik. Memahami keadaan itu, kawan mereka menukar topik perbualan. Dengan niat, tidak mahu tetamu mereka itu malu dengan perbuatan anak mereka. Subhanallah. Kuasa Allah untuk menyedarkan si ibu bapa yang tidak pernah solat, melalui anak mereka, si Haikal.

Balik dari berbuka puasa, si ibu memarahi si Haikal. Sangat marah. Ditambah lagi dengan bisikan syaitan, dilempangnya anak yang tidak berdosa itu. Maka menangislah si Haikal kerana ditampar oleh mamanya dan terus berlari ke biliknya. Ayahnya hanya memandang kejadian tersebut dan berkata "Dah memang awak tak solat, betul lah apa yg Haikal cakap, yang awak pergi tampar dia tu, awak boleh rasa puas?" Si isteri tidak mahu mendengar leteran suaminya, terus masuk bilik dan tidur.

Keesokan harinya, mereka sekeluarga tidak bersahur kerana si isteri tidak terjaga dari tidurnya kerana badannya dirasakan lesu dan lemah. Dia tidak dapat mengangkat tangannya. Tangan yang menampar anaknya semalam. Dipendekkan cerita, selama seminggu, dia tidak dapat berbuat apa2 selama itu. Makan pun, terpaksa bersuap. Dan dia juga tidak mahu ke klinik. Puas sudah suaminya menasihatinya untuk pergi ke klinik mendapatkan rawatan, tetapi dia tetap enggan. Adapun pada ketika itu, si suami lah yang terpaksa memikul tugas si isteri.

Adapun si Haikal, berasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan kepada mamaya. Berkali-kali dia meminta maaf dengan mamanya. Tetapi mamanya diam sahaja. Disuapnya makan kepada mamanya. Tetapi, mamanya tetap diam. Haikal sangat sedih. Dia berdoa kepada Allah. "Ya Allah, sembuhkanlah mamaku."

Si ibu pula, selama seminggu hanya diam sahaja. Berfikir dan berfikir. Adakah salah tindakannya? Apakah yang patut dilakukannya? Maka, dengan izin Allah, si ibu mula terfikir yang dia patut berubah. Dia terfikir yang apa yang berlaku adalah mesej drpd Allah untuk dia berubah. Allah sayangkan aku. Dia mahu aku bertaubat. Yer... aku akan bertaubat... Ya Allah, ampunkan dosaku.

Maka, dengan izin Allah jua, keesokan harinya, tangannya terus baik dengan tiba-tiba. Diambilnya wuduk. Dipakainya telekung. Dia solat. Solat Subuh. Dia berdoa. Bersungguh-sungguh dia berdoa. Hingga mengalirkan air mata. Dia rasa sangat berdosa. Dirasakan pada ketika itu, dia berbicara dengan Allah, dan Allah mendengar rintihannya. Sungguh2 dia bertaubat.

Haikal? Bila dia terjaga dari tidur, sangatlah bahagianya tidak terkira. Mamanya memeluknya dengan seeratnya. "Mama dah sihat?" Dipeluknya si ibu dengan kuat. Si Ibu menangis kegembiraan. Tidak pernah dirasakannya nikmat kebahagiaan seperti itu "Maafkan mama, Haikal". Terima kasih Allah, ucapnya di dalam hati....

Hidayah itu milik Allah. Akhirnya, suami isteri itu mula bertaubat dan solat 5 waktu seperti umat Islam yang lain. Gara-gara si Haikal yang menyatakan kejujurannya tentang ibu bapanya.






1 comment: